Sunday, September 8, 2013
tarian sabah dan sarawak
Tarian merupakan salah satu daripada cabang kesenian yang amat menarik minat segolongan besar masyarakat adalah seni tari. Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan dengan kepelbagaian tariannya yang merangkumi tarian ritual dan moden. Seperti negeri-negeri yang lain, Sabah dan Sarawak sememangnya kaya dengan tarian tradisional.
'Antara tarian-tarian asli yang popular dan dikenali ramai di negeri Sabah adalah Sumazau, Limbai, Sumayau, Magunatip, Adai-adai dan Daling-Daling. Manakala, Sarawak pula adalah Tarian Ngajat dan Datun Julud.
TARIAN SUMAZAU

TARIAN MAGUNATIP
Perkataan Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.
Tarian Magunatip merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Tarian ini ditarikan di kalangan penduduk tempatan di pedalaman Sabah termasuk suku kaum Kadazandusun di Tambunan, suku kaum Kujiau di Keningau dan kebanyakan suku kaum Murut. Semasa tarian ini ditarikan, beberapa pasang bambu panjang akan dihentak dan diketuk pada lantai mengikut rentak sementara para penari akan melompat masuk dan keluar di antara ruang hentakan bambu tanpa tersepit kaki. Tarian yang bertenaga dan menghiburkan ini biasanya ditarikan semasa majlis-majlis keramaian di kampung ataupun pada majlis keramaian yang lain.
Tarian ini popular di kalangan masyarakat suku kaum Dusun Gana yang banyak terdapat di kawasan Bingkor, Keningau. Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' di mana empat batang palu penumbuk padi digunakan dan dilagakan sehingga mengeluarkan bunyi 'apit-apit'. lanya ditarikan dengan iringan pukulan gong oleh sepasang penari yang terdiri dari lelaki dan wanita, terlonjak-lonjak menari dengan pakaian yang penuh tradisi, sementara dua orang melagakan alu dan dua orang lagi rnemegang pangkal alu tersebut supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Tarian ini sudah dijadikan satu upacara rasmi, terutama sekali semasa Majlis Jamuan Makan orang-orang kenamaan keturunan suku kaum Dusun Gana atau lebih dikenali sebagai 'Orang Kaya-kaya' atau O.K.K. di samping ditarikan dalam majlis-majlis menyambut perayaan Hari Magawou iaitu hari Pesta Menuai Padi.
TARIAN SUMAZAU
Tarian Lansaran
Tarian lansaran pula merupakan tarian yang agak bertenaga dan juga memenatkan. Tarian ini diadakan untuk tujuan menyambut hasil padi yang baik, perkahwinan dan juga sebagai menyambut tetamu. Biasanya lansaran ditarikan sehingga 2 hari lamanya secara beramai-ramai tidak kira tua atau muda. Para penari akan memijak lantai yang seolah-olah berspring seperti pada rajah dan selepas itu akan mempunyai rentak tersendiri. Tarian ini dapat mengeratkan perhubungan di antara kaum keluarga serta sahabat di samping menjadi suatu daya tarikan pelancong.
Tarian Sumundai(Rungus)
Tarian Sumundai ditarikan oleh orang-orang Rungus semasa upacara perayaan tertentu sahaja. Tarian ini biasanya ditarikan bagi menandakan perasaan syukur serta berterima-kasih kepada dewa sempena mendapat hasil tuaian padi yang baik. Kini tarian ini ditarikan dalam majlis tertentu seperti majlis perkahwinan serta upacara keramaian.
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
Tarian Sumazau ini seolah-olah menunjukkan bahawa petani sedang menghalau burung daripada memakan hasil tanaman padi mereka. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.

Tarian Brunsai (Bajau)
Suku kaum Bajau boleh
dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan musik
ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun
yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki.
Tarian Lansaran orang
Bajau
Di majlis-majlis tertentu
sumazau juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan
peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian
tradisional hitam.
Brunsai biasanya
ditarikan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan
kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar.
Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam,
biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak
menarik.
Tarian Brunsai biasanya
dilakukan di atas lantai papan supaya hentakan kaki penari lelaki dapat
mengeluarkan bunyi yang memberansangkan. Penari membuat barisan sambil
berpegangan tangan antara satu dengan yang lain diikuti oleh barisan penari
wanita di belakang juga berpegangan tangan. Penari lelaki yang terakhir di
belakang berpegangan selendang dengan penari wanita di belakangnya, mereka
membuat bulatan kecil sambil berjalan perlahan ke hadapan dan ke belakang sambil
mengalunkan "kalang" dalam bahasa Bajau.
Alunan suara
tinggi-rendah antara penari lelaki dan perempuan serta dengan hentakan kaki di
atas lantai menyebabkan ahli penarinya menjadi begitu khyusuk sehinggakan masa
menari sudah begitu lama dan tidak sedar malam akan berakhir.
Brunsai biasanya diadakan
pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi,
majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari brunsai
juga memakai pakaian khas yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah
dan baju serta tanjak yang berwarna-warni.
Tarian Adai-adai
(Brunei)
Adai-adai pula ialah
tarian bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan.
Tarian ini merupakan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut
manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu
mengutip hasil tangkapan yang akan diperolehi.
Tarian yang dilakukan
oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana
dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian japin
yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa
keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan.
Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna
warni.
Suku kaum Murut amat
terkenal dengan tarian lansaran. Tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang
berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang
yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara
khusus supaya boleh melantun seperti "spring".
Di atasnya tarian
lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan pakaian
tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni, kaum lelaki
memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu
bercampur kain berwarna.
Penari tarian ini membuat
bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi
hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari
lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" yang digantung di
bahagian atas sambil bersorak tanda gagah.
Kemuncak tarian ini ialah
berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka.
Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang
telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.
Tarian Bolak-bolak
(Suluk)
Tarian Bolak-Bolak adalah
tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan "gabbang" yang sering
diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian yang lain.
Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian
tradisional berwarna warni.
Penari menggunakan empat
bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu dalam
satu tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan
kulintangan.
Daling-daling
Suku kaum Suluk juga amat
terkenal dengan tarian Daling-Dalingnya yang diiringi oleh pukulan "gabbang" dan
gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang
disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta
pergerakkan kaki yang khusus penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian
ini.
Pada masa yang akan datang ruangan ini juga akan
memperkenalkan beberapa lagi tarian tradisional yang telah menjadi identiti
kepada beberapa suku kaum yang terdapat di Sabah.
Tarian
Mangunatip ( Murut)
Selain itu, orang-orang Murut
juga terkenal dengan tarian Lansaran serta Mangunatip yang penuh tenaga. Di
kebanyakkan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim ditarikan kerana muziknya
rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum Murut
ini akan membuat persembahan di bandar-bandar sehingga menjadi suatu daya
tarikan kepada para pelancong dalam dan luar negara. Walaupun terdapat sedikit
sebanyak unsur tarian ini telah diubah namun makna serta gaya tariannya masih
tidak terjejas. Tarian Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada
dalam kaum Murut serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar
dapat menjaga mereka. Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang
sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka.
Gaya tarian Mangunatip ini juga
amat unik serta mempesonakan dimana penari lelaki yang memegang parang akan
melompat ke atas bambu yang disusun berselang-seli oleh penari-penari lelaki
lain. Selepas itu, penari yang berada di atas itu ( dianggap sebagai seorang
pemburu) akan menggunakan penyumpit (buluh yang dimasukkan sejenis sumpit) untuk
memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik daripada gendang kulit serta
somputon akan mengawal rentak tarian ini.
Tarian Lansaran
Tarian lansaran pula merupakan tarian yang agak bertenaga dan juga memenatkan. Tarian ini diadakan untuk tujuan menyambut hasil padi yang baik, perkahwinan dan juga sebagai menyambut tetamu. Biasanya lansaran ditarikan sehingga 2 hari lamanya secara beramai-ramai tidak kira tua atau muda. Para penari akan memijak lantai yang seolah-olah berspring seperti pada rajah dan selepas itu akan mempunyai rentak tersendiri. Tarian ini dapat mengeratkan perhubungan di antara kaum keluarga serta sahabat di samping menjadi suatu daya tarikan pelancong.
Tarian Sumundai(Rungus)
Tarian Sumundai ditarikan oleh orang-orang Rungus semasa upacara perayaan tertentu sahaja. Tarian ini biasanya ditarikan bagi menandakan perasaan syukur serta berterima-kasih kepada dewa sempena mendapat hasil tuaian padi yang baik. Kini tarian ini ditarikan dalam majlis tertentu seperti majlis perkahwinan serta upacara keramaian.
tarian tradisional melayu
MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan MelayuKUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung
ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
TARIAN LILIN
Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan.TARIAN GAMELAN
Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu.
TARIAN CIK SITI WAU BULAN
Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.JOGET
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.TARIAN ASYIK
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja – raja Kelantan dan Patani.Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.
Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.
TARIAN AYAM DIDIK
Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama di Perlis, Kedah,Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
TARIAN CERACAP INAI
Tarian Ceracap Inai merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang terkenal terutamanya di Johor.Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa baginda mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan Pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur ‘menyembah duli’ (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan ‘Raja Sehari’/Pengantin.
Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti ‘Bunga-bungaan Emas’ dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 – 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.
TARIAN ULIK MAYANG
Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Dalam kesenian tarian Melayu, tarian ini mempunyai unsur-unsur pemujaan. Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan. Terlebih dahulu mayang pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang memegang mayang tidak sedarkan diri.
Subscribe to:
Posts (Atom)